MALAYSIAKINI
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali diminta tidak "mengugut" Lim
Guan Eng kerana bercakap kepada umum mengenai kes mahkamahnya.
Peguam Gobind Singh Deo berkata sebagai ketua menteri Pulau Pinang Lim berhak menjelaskan pendiriannya kepada orang ramai.
Gobind yang juga peguam bela Lim berkata ADUN Air Puteh itu adalah
ketua menteri dan wujud keperluan untuknya memberi penjelasan kepada
masyarakat mengapa dia minta dibicarakan atas tuduhan rasuah, serta
alasan mengaku tidak bersalah.
"Saya menyeru peguam negara berhenti mengugut anak guam saya, jika
tidak saya tidak akan teragak-agak memulakan prosiding ke atasnya di
mahkamah tinggi Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pagi
tadi Apandi Ali membuat kenyataan mengingatkan Lim supaya derhenti
daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi.
Kata Apandi, ia adalah peringatan terakhir berikutan tindakan
setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak hari beliau
dihadapkan ke mahkamah.
"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen
terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa
raya.
"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.
"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya.
Dalam perbicaraan itu Apandi mengetuai sendiri pasukan pendakwaan ke atas Lim.
Mengenai kenyataan bahawa Apandi sudah memberi peringatan kepada Lim memalui peguam ketua menteri itu, Gobind menafikannya.
“Saya cabar beliau kemukakan bukti mengenainya. Saya tidak bercakap
dengannya sejak hari anak guam saya didakwa dan dia tidak pernah
menyatakan kebimbangan kepada saya secara peribadi sehinggalah kenyataan
dibuatnya kepada media hari ini," kata Gobind.
Dia turut mengingatkan Apandi supaya bertindak sesuai dengan jawatannya.
"Beliau mesti ingat peranannya sekarang ialah pendakwa awam yang
mengendalikan kes di mahkamah tinggi, dan saya mengetuai pasukan peguam
bela ketua menteri.
"Ada peraturan terpakai untuk pegawai undang-undang. Jika anda ada
masalah anda patut bangkitkannya kepada peguam di pihak satu lagi, dan
jika ada pertikaian, ada cara ia boleh diatasi dengan wajar," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.