PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegur
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Saari Sungib di Twitter
dengan bertanya sama ada dia ingin menjadi pengemis untuk jawatan Exco.
"@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke," tulis Azmin di laman Twitternya.
Kenyataan di Twitter itu ditulis selepas Saari dipetik sebagai berkata
bahawa Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu menjelaskan mengapa
beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan 'politik istana'
dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.
Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada wakil dari PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu.
PAS masih mempunyai tiga wakil dalam exco kerajaan negeri kerana kerjasama antara PAS-PKR.
Saari berkata isu di Selangor bahawa kerajaan harus diterajui majoriti
Melayu tetapi Azmin hanya memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa
Selangor mempunyai lapan anggota exco kerajaan negeri berbangsa Melayu
daripada 11 orang.
ADUN Hulu Klang itu berkata Azmin perlu meninggalkan PAS dengan menegaskan parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.
Saari berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad.
Saari keluar daripada PAS dan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar pada 2014 selepas Tan Sri
Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.