Oleh Arif Atan
Tetak, tembak, letup tapi program TV kita masih berbincang panjang lebar tentang "kenapa Allah mengambil tempoh enam hari untuk mencipta langit?" Ini bukan "klinik". Ini buat masyarakat kita jadi tambah sakit. Di Kelantan, seorang warga tua sampai dipotong kaki.
Di Terengganu, seorang anak sanggup ugut ibunya untuk bakar rumah dan khusus untuk dua negeri itu, kes jenayah dalam keluarga amat menjolok mata.
Kedah pula menjadi negeri paling ramai ibu bapa menolak pemvaksinan
untuk anak mereka sebab mengangkang bahan suntikan haram. Pahang
menjadi negeri paling serius tahap perogolan alam sekitar dari sumber
hutan sampai saliran. Perlis masih sarat dengan kemiskinan tegar
walaupun negerinya paling kecil yang kalau ikut logik agihan pungutan
zakat mesti memantaatkan seluruh masyarakat Islam di negeri itu.
Krisis kemanusiaan dan kemasyarakatan di negeri-negeri majoriti Melayu di atas yang semuanya ada raja/sultan itu semakin membeliakkan mata kita kalah negeri yang bercampur dengan ramai penganut agama lain apalagi negeri yang dikuasai Cina DAP yang kafir harbi kalau mengikut kata Mufti Pahang.
Tapi pada masa sama hampir semua program agama Islam di TV bahkan sekarang sudah ada saluran TV agama masih terus mengulang bercakap "topik selamat" yang semua orang Islam dah dengar sejak di bangku sekolah sampai tazkirah solat tarawih.
Tentang alam bukti kewujudan Allah; tentang syurga dan neraka; sungai jernih mengalir di syurga; tentang dosa meninggalkan solat dan puasa; tentang sahabat Nabi begitu, sahabat Nabi begini.
Ya. Topik "hubungan dengan Allah" itu tak salah tapi kenapa tidak dibimbangi dengan pengisian "hubungan dengan manusia"? " "Mendekatkan diri pada Allah", kata ustaz di bawah ini tapi "mendekatkan diri pada manusia," bagaimana?
Maaf, bagi saya masyarakat kita bertambah sakit walaupun program "klinik agama" ini disiar 24 jam pun selagi golongan agamawan Islam di Malaysia tak berani bercakap tentang penting idea perubahan dan ilmu menuju kepada masyarakat lebih sejahtera dan bahagia.
Kenapa ustaz-ustaz kita yang berceramah di masjid sampai di TV termasuk menulis di akhbar dan majalah tidak bercakap tentang pentingnya masyarakat mesti mengukuhkan persaudaraan dengan itu boleh memantapkan ekonomi; tentang pentingnya negara mempunyai Perdana Menteri, wakil rakyat dan pegawai yang adil, amanah, tidak rasuah dan merakyat; tentang pentingnya kerabat diraja di Malaysia turut mengamalkan cara hidup Melayu dan Islam sebenar; tentang ancaman konsumerisme dan kapitalisme; tentang bahayanya eksploitasi tanah untuk projek mewah dan padang golf ketika majoriti rakyat di negara ini termasuk yang bukan Islam pun bukan golongan maha kaya, hidup biasa-biasa dan sekadar ada saja.
Tapi? Ustaz dalam gambar ni masih lagi menyebut "komunis menolak agama" tanpa menyebut adanya komunis Melayu zaman perang dulu yang tetap beragama Islam bahkan penghafal al-Quran sendiri sanggup masuk hutan berjuang.
Aduhai....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.