Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu dalam mesyuaratnya pada Isnin sebulat suara memutuskan untuk berbincang mengenai peranan parti itu dalam pakatan baharu sekiranya ia menyertainya kelak.
Amanah akan berbincang panjang dengan Pakatan Harapan tentang baik dan buruk yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Wisma Amanah di sini hari ini.
Beliau berkata Amanah bersiap menunggu kewujudan pakatan itu untuk membincangkan pelbagai isu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN)dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Ditanya mengenai cadangan kerajaan di bawah pimpinan DAP hendak mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, Mohamad Sabu berkata Amanah akan memberi keputusan sama ada menyokong atau tidak dalam Mesyuarat Majlis Presiden (MMP) Pakatan Harapan.
"Sama seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu, kami akan umum dalam MMP melalui Pakatan Harapan," katanya.
Rabu lepas, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengadakan pilihan raya negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.