Oleh KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Berdasarkan fakta kes yang didapati menerusi media, sekurang-kurangnya terdapat 10 kes tembak mati berlaku di Lembah Klang sejak dari bulan Januari hingga Julai 2016.
Apa sudah jadi? Tidakkah ini mencerminkan jenayah keganasan semakin menular dalam kalangan masyarakat bandar? Adakah kadar jenayah benar-benar menurun sehingga 20 peratus di Kuala Lumpur sepertimana didakwa sebelum ini?
Keadaan semasa telah
memberikan gambaran sebenar meskipun kadar jenayah khususnya jenayah
jalanan menurun, tetapi kes-kes jenayah keganasan semakin menjadi-jadi
pada tahun ini.
Lebih membimbangkan jenayah
keganasan yang berlaku bersenjatakan pistol, di kawasan awam dan
dilakukan pada waktu siang. Hal ini membuktikan fokus kerajaan (NKRA)
dalam mengurangkan indeks jenayah negara dan meningkatkan kondusif
selamat dalam kalangan masyarakat semakin gagal!
Dewan
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sangat bimbang jika
jenayah-jenayah keganasan didalangi oleh kumpulan-kumpulan mafia.
Sebanyak
49 jumlah kumpulan kongsi gelap telah didedahkan oleh Kementerian Dalam
Negeri tahun lalu, dan 24 daripadanya sedang aktif menjalankan
kegiatannya di Kuala Lumpur atau Lembah Klang. Secara purata, mereka
mempunyai ahli berdaftar sekitar 20,000 orang. Apakah perasaan
masyarakat apabila mengetahui keadaan ini?
DPPWP
menggesa pihak polis agar dapat meningkatkan kawalan dan aktiviti
membanteras sindiket kongsi gelap atau kumpulan mafia di seluruh
negara.
Kita tidak mahu negara yang disayangi ini dicemarkan oleh aktiviti-aktiviti ganas sehingga boleh menggugat keamanan masyarakat.
Kira-kira
70% penduduk akan mendiami kawasan bandar di Malaysia kerana faktor
sosio-ekonomi menjelang tahun 2020, dan proses perbandaran ini akan
terbantut sekiranya masalah kebejatan jenayah akan terus membelenggu
perasaan rakyat.
DPPWP turut menggesa rakyat
untuk bertekad menyokong pelaksanaan undang-undang jenayah Syari’ah di
Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar jenayah.
Ini bukan hanya bersifat punitif (hukuman) semata-mata malah bersifat preventif (pencegahan).
DPPWP
meyakini maslahah di sebalik pelaksanaan ini dan kami berharap agar
usaha ke arahnya boleh digemburkan, secara berperingkat-peringkat
daripada pelbagai pihak. -
* Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.