MALAYSIAKINI
“....Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia," menurut pesanan itu.
Dalam catatan laman Johor Southern Tigers di Facebook itu, Tunku Ismail turut memetik beberapa sebab yang menjurus kepada kelebihan negeri tersebut yang membangkitkan rasa iri hati kepada sesetengah pihak, antaranya, tiada unsur perkauman dan kebencian terhadap rasuah.
Setiap ayat dimukan dengan perkataan “Jangan salahkan Negeri Johor”.
“...Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.
“....Mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka.
“Jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup... kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu.”
Catatan tersebut turut menegaskan Johor telah wujud semenjak 1885, jauh sebelum tahun 1957, ketika Malaya mencapai kemerdekaannya.
Di samping itu, ia juga menyatakan rakyat Johor tidak sepatutnya dipersalahkan kerana mempunyai tengku mahkota yang dekat di hati dan membezakan antara pemimpin di negara itu dengan yang lain.
“Jangan salahkan Negeri Johor dan menuduh kami menyangka DYAM Tunku Mahkota Johor kami maksum kerana kami berdiri disini melihat bagaimana dia senantiasa berada untuk kami.
“Jangan salahkan Negeri Johor dan cemburukan hubungan kami dengan pemimpin kami kerana... Dia sahaja yang terus menerus berani menjamin kesejahteraan kewujudan kami.
“Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tiada bersama anda... kerana bezanya pemimpin kami dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyatnya.
“Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.
“Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.