PAS harap ahli AMANAH pulang padanya
Bekas ahli PAS yang meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Parti
Amanah Negara (AMANAH) hilang nikmat yang dirasai PAS sekarang, kata
Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
"Mereka langgar peraturan yang mereka sendiri ciptakan, yang mereka suruh kita dulu.
"Mereka tak rasa lagi nikmat istilah wala (setia pada pemimpin).
“Mereka tak rasa lagi nikmat istilah ukhuwah, istilah-istilah agama yang kemas dan kukuh dalam al-Quran dan hadis," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Pemuda PAS ke-57 di Kota Bharu hari ini.
Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau berdoa dan berharap mereka yang menyertai AMANAH akan kembali merasai nikmat yang PAS rasai hari ini.
"Selepas setahun kita berbalah, ada masa lagi untuk mereka kembali kepada PAS.
"Kerana sejarah PAS sendiri penuh dengan orang kembali selepas pergi. Kita harap insya-Allah sahabat-sahabat kita kembali menikmati apa yang sedang kita nikmati," katanya.
Sementara itu, mengulas perjalanan muktamar yang lancar tanpa isu-isu panas, beliau berkata, muktamar kali ini dipenuhi rasa syukur kepada Allah.
"Ini kerana perbahasan-perbahasan oleh perwakilan sekalian diselubungi dengan rasa syukur. Dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selepas beberapa tahun kita panas.
"Tanda hati bersyukur adalah lidahnya tidak panas," katanya.
Pada masa sama beliau turut menjelaskan hubungan antara PAS dan BN dilihat semakin baik.
Katanya, itu adalah langkah BN yang mengubah strategi politik mereka termasuk perjumpaan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.
"BN ubah strategi mereka kepada strategi aman. Sejarah PAS tak pernah aman di Malaysia, sentiasa diugut. Ada ahli (sampai) diugut tembak mati.
"Tok Guru berjumpa Najib beberapa kali di istana dan luar istana untuk bincang baiki hubungan dengan Kelantan dan hubungan antara umat Islam.
"Alhamdulillah kerajaan pimpinan menteri besar baru, Datuk Ahmad Yaakob keadaan itu berlaku," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.