Selasa, 28 Jun 2016

Menjelang Aidilfitri, pelanggan Rayani Air desak wang dikembalikan

 
Duit itu bagi membolehkan menempah penerbangan lain.


rayani-air


SHAH ALAM : Menjelang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelanggan Rayani Air meminta syarikat penerbangan patuh syariah itu memulangkan semula wang mereka.

Pelanggan Rayani Air, Aida Humaira, 39, berkata dia hanya mahu Rayani Air memulangkan semula wang berjumlah RM4,000 bagi penerbangan yang ditempahnya untuk ke Kota Kinabalu pada November ini.

“Nak raya dah ni. Yang kita mahu mereka pulangkan semula duit untuk kita tempah penerbangan lain.

“Kita tak peduli Rayani Air ini macam mana,” katanya ketika ditemui FMT di depan pejabat syarikat penerbangan itu di sini hari ini.

Aida berkata ini juga merupakan kali ketiga dia mengisi borang untuk menebus kembali wangnya.
“Mula-mula kita isi borang pada April lalu dan apabila kita datang sini balik hari ini, kena isi borang lagi,” katanya.

Menurutnya, Rayani Air hanya akan memberikan cek pemulangan semula duit pelanggan pada Jumaat ini.
Salah seorang pelanggan Rayani Air, Jazman Nurrait, 45, turut mendesak Rayani Air mengembalikan semula wangnya.

Katanya, dia membelanjakan kira-kira RM500 untuk membeli dua tiket penerbangan ke Kota Kinabalu pada Mei dan Jun.

Pada 13 Jun lalu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) membatalkan ASL Rayani Air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.