JERANTUT: Kereta api yang membawa Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar dari Kuala Lumpur ke Gua
Musang, Kelantan hari ini tergendala seketika apabila merempuh seekor
anak lembu yang melintas landasan secara tiba-tiba.
Kejadian berlaku pukul 2.30 petang di laluan Kuala Krau-Jerantut ketika
Syed Hamid dan rombongan kira-kira 90 orang dalam perjalanan untuk
meninjau landasan Gua Musang-Kemubu yang musnah akibat banjir pada
Disember 2014.
Difahamkan, anak lembu itu melintas landasan ketika kereta api sedang
bergerak laju, tetapi disebabkan faktor keselamatan, brek kecemasan
tidak boleh dilakukan secara mengejut bagi tujuan keselamatan penumpang.
Rempuhan itu menyebabkan anak lembu berkenaan terperosok di bawah
kereta api dan usaha mengeluarkannya oleh lima petugas SPAD dan Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengikuti rombongan itu mengambil masa
kira-kira 15 minit.
Lawatan kerja Pengerusi SPAD itu yang turut disertai pengamal media itu adalah selama dua hari sehingga esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.