MALAYSIAKINI
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata, ugutan pemimpin BN
untuk meletak jawatan dalam kabinet ekoran pembentangan Rang
Undang-Undang Hudud tidak bermakna dan kurang tindakan konkrit.
Beliau merujuk ugutan presiden MCA yang juga menteri kabinet, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong semalam untuk melepaskan jawatan mereka sekiranya RUU yang dibentangkan Presiden PAS diluluskan.
Khamis lalu, usul mengenai RUU itu dibacakan buat kali pertama selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Lim berkata sebaliknya, Liow dan Mah sepatutnya menggesa tindakan diambil terhadap Azalina dan Rosnah dengan meminta kedua-duanya dipecat kerana menentang pendirian bersama BN terhadap usul itu.
Lim berkata, cara terbaik adalah untuk memastikan rang undang-undang yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak dibentangkan di Parlimen.
"Jika Liow dan Mah tidak bersedia memulihkan status quo sebelum Azalina mencadangkan usul itu pada Khamis lalu, mereka tidak mempunyai banyak kredibiliti walaupun membuat pelbagai janji dan ancaman.
"Ancaman berhenti daripada kabinet menjadi tajuk berita, tetapi bagaimana mereka boleh dipercayai?" seloroh Lim.
Beliau juga mempersoal apa tindaakn Liow dan Mah untuk menghentikan Azalina daripada mencadangkan rang undang-undang itu Khamis lalu.
"Apa yang Liow dan Mah lakukan dalam tempoh 24 jam sebelum Azalina mengemukakan usul itu?" soalnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.