Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah mengakui tidak mengenali Azharuddin Othman @ Abdullah yang mendakwa menjual data base yang mengandungi 900,000 nama bagi Deklarasi Rakyat dan meragui kredibiliti lelaki terbabit.
Azharuddin katanya mengakui sebagai seorang pengaturcara komputer tetapi tidak mempunyai intergriti keana mengaku menjual maklumat kepada orang lain.
"Pegawai IT tak ada intergriti kata jual maklumat pada saya. Saya tak tahu latar belakang budak ni, 'mat pet' ke siapa... saya tak pernah kenal dia."Saya harap dia fikir baik-baik apa dia cakap. Ini tuduhan amat berat kata saya beli database, dia eja database pun tak betul," kata Ema sinis sambil merujuk kenyataan berkanun (SD) Azharuddin.
Ema turut menegaskan tiada mempunyai sebarang kaitan dengan Sekretariat Deklarasi Rakyat.
Walaupun pernah hadir dalam beberapa majlis untuk mendengar ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak pernah menemui beliau mahupun bersalam dengan ahli politik veteran itu.
Setelah bersumpah dengan menjunjung Quran bagi membesihkan namanya, Ema menawarkan kepada mana-mana peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azharuddin memandangkan beliau kini sedang menghadapi pendakwaan di bawah Akta 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana menyakitkan hati seseorang.
"Saya harap ada peguam ambil kes ini dan saman budak itu... Confirm boleh menang. Saya tak nak pening kepala," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.