shahbudindotcom
Berucap
di Johor Bahru, Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin membidas Najib Razak yang
hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu mengenai transaksi
kewangan 1MDB yang tidak dapat disahkan berjumlah AS$7 bilion atau
RM28,000 juta, meskipun sudah didedah dalam Laporan PAC, baru-baru ini.
"AS$7 bilion mengalir kepada pihak yang tak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?
"Najib perlu bertanggungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu," kata Muhyiddin di depan ribuan hadirin.
Sebetulnya
memang Najib tak tahu apa-apa pun, yang beliau tahu hanyalah
tandatangan saja. Sebab itu, bukan saja duit hilang dia tak tahu, duit
SRC International masuk dalam akaun sendiri pun dia tak tahu.
Mujur dia masih tahu berbelanja dan agih-agihkan duit daripada akaun peribadinya. Itulah Najib....
Pencacai?
Kalau
Najib tak tahu, pencacai lagilah tak tahu apa-apa. Tak hairan mengapa
jawapan mereka bukan saja berbeza-beza, tapi semuanya tak betul belaka.
Mereka jawab main bedal saja, mungkin ikut berapa banyak dedak yang
diterima.
Sekarang
ini bila semakin banyak isu 1MDB terdedah, semua diam belaka. Rahman
Dahlan, Salleh Said Keruak, Shabery Cheek, Azalina Othman Said, Nazri
Aziz, Annuar Musa, Ahmad Maslan dan yang lain-lain semuanya sudah hilang
suara mengenai 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.