Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin merasmikan forum Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini di Universiti Selangor (Unisel) dengan mendedahkan bahawa beberapa editor terkenal, bekas editor dan wartawan di negara ini lebih berminat untuk ‘melaporkan’ kepada dunia tentang apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka dan bukannya berita sebenar.
"Saya telah melihat beberapa editor terkenal di negara ini, bekas editor yang berkuasa dan bekas wartawan yang memuat-naik apa yang mereka makan untuk sarapan, jenis motosikal mereka, kereta yang dipandu dan di mana mereka berada di dunia ini," kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu dalam ucapannya.
"Apa kebebasan akhbar dan akses kepada maklumat yang kita perkatakan sedangkan ada wartawan menulis apa yang mereka makan untuk sarapan pagi?" soal Kadir merujuk kepada tema forum itu "Akses kepada maklumat dan kebebasan asasi. Ini adalah hak anda! ".
Walaupun beberapa wartawan kanan lebih khusyuk melaporkan hal-hal peribadi mereka, Kadir percaya masih ramai pembaca yang amat dahagakan lebih banyak berita yang signifikan.
"Saya fikir ramai orang di sekeliling kita dahagakan 'maklumat sebenar' dan mereka masih mahu tahu apaorang lama seperti saya fikirkan. Sebab itu saya terus menulis di blog," kata Kadir.
Selain Kadir, turut hadir adalah Editor Bersekutu The Straits Times, Singapura, Ravi Velloor; Editor Bersekutu The Malay Mail, Balan Moses; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran; wartawan bebas Bob Teoh serta ahli akademik Profesor Mohd Nor Nawawi, Profesor Azmuddin Ibrahim dan Profesor Zaharom Nain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.