SHAH ALAM: Semua tuduhan terhadap Pejabat Menteri Besar perlu
dihentikan berikutan parti sudah mengambil semua tindakan dalam
menangani isu itu, demikian tegas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail.
Ujar beliau, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli akan mebuat laporan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara
itu.
Malah menurut Wan Azizah, Rafizi sudah memberikan penjelasan bahawa
tuduhan itu tidak dibocorkan kepada mana-mana wakil rakyat atau
kakitangan awam.
“Rafizi beritahu dia akan berbuat demikian (lapor pada SPRM) Isnin
depan. SPRM diminta menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional
dan tanpa campur tangan politik.
“Pada masa sama, kepimpinan PKR yang lain dan saya sendiri mempunyai
keyakinan penuh kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah
Azmin Ali, menteri besar Selangor,” katanya melalui kenyataan media.
Dalam WhatsApp minggu lalu dihantar kepada kumpulan “Solidariti untuk
Anwar”, Rafizi menyentuh mengenai permintaan untuk wang dan wanita
ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
Rafizi pada Jumaat lalu mengakui mesej itu berasal daripadanya tetapi
menafikan ia membabitkan mana-mana wakil rakyat atau pegawai kerajaan
negeri dan berkata ia secara “spesifik” dan bukan “umum”.
Sementara itu, Azmin menafikan tuduhan itu dan berkata kerajaan negeri
akan mengambil tindakan terhadap sebarang amalan rasuah.
Wan Azizah berkata jika ada bukti kukuh mengenai kes berkenaan, Azmin akan mengambil tindakan terhadap penjenayah terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.