shahbudindotcom
Jika
ada anugerah, pasti 1MDB layak menerima penghormatan sebagai syarikat
paling budiman di dunia ketika ini berikutan sikapnya yang dianggap
paling lunak walaupun sudah disahkan wangnya berjumlah RM14,000 juta
hilang entah ke mana.
Kalau orang lain, jangankan RM14,000 juta, malah hilang RM14 pun bisingnya boleh riuh sekeliling kampung.
Dalam
laporannya kepada Bursa Saham London sebelum ini, IPIC telah
mengesahkan bahawa Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British
Virgin Island) yang menerima wang RM14,000 juta atau AS$3.51 bilion
daripada 1MDB sebagai jaminan bon tidak ada kena mengena dengannya,
walaupun namanya hampir sama dengan syarikat milik mereka yang sebenar
iaitu Aabar Investmet PJS yang didaftarkan di Abu Dhabi.
Berikutan
pengakuan IPIC itu, Arul Kanda, CEO 1MDB tidak menolak kemungkinan
penipuan besar-besaran itu mendapat kerjasama daripada orang dalam 1MDB
sendiri.
Dalam
kenyataan media yang dikeluarkan semalam pula, Arul Kanda berkata, oleh
kerana pihaknya berurusan dengan eksekutif kanan IPIC dan Aabar
Investment PJS mengenai wang itu, maka ia adalah isu dalaman untuk
diselesaikan oleh firma Abu Dhabi itu.
Hairan
bin ajaib, jika benar 1MDB berurusan dengan eksekutif kanan firma Abu
Dhabi itu dan mereka pula sudah mengesahkan kepada Bursa Saham London
tidak pernah menerima wang tersebut, mengapa tindakan undang-undang
tidak dimulakan?
Mengapa hanya mengatakan ia masalah dalaman IPIC dan Aabar Investment PJS sedangkan yang hilang RM14,000 juta adalah 1MDB?
Selain
itu, jika benar sepertimana yang dinyatakan Arul bahawa ada penglibatan
orang dalam dan ia pula disertakan dengan pengesahan firma Abu Dhabi
itu bahawa mereka tidak pernah menerima wang RM14,000 juta tersebut,
kenapa 1MDB tidak membuat laporan polis mengenainya?
Dalam
hal ini, bukan saja CEO 1MDB yang harus diberikan sanjungan, malah
Pengerusi Lembaga Penasihat merangkap Perdana Menteri, Najib Razak yang
tandatangannya wajib diturunkan bagi sebarang urusan, wajib diberikan
segunung puji-pujian.
Lihatlah,
sementara Arul Kanda mengatakan ia hanya sebagai masalah dalaman untuk
diselesaikan oleh IPIC dan Aabar Invstment PJS, jauh sekali untuk
mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis, Najib pula relaks
saja seolah-olah tiada apa yang harus dibimbangkan dengan hilangnya wang
sebanyak RM14,000 juta itu.
Memang hebat kedua-dua mereka ini!!
Hanya "manusia-manusia terpilih" saja yang mampu berkelakuan seperti Najib dan Arul ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.