KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kerugiannya berbanding dolar AS
semalam apabila pelabur kekal berada di luar perdagangan bagi menunggu
keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS pada 27 April.
Pada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan itu didagang lemah kepada
3.9120/9190 berbanding Dolar AS berbanding prestasi Jumaat 3.8940/8000.
Ringgit turut turun berbanding dolar Singapura kepada 2.8860/8931
daripada 2.8838/8904 Jumaat lalu, namun mengukuh berbanding yen kepada
3.5158/5230 dari 3.5281/5342.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.