SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sah bertembung di kerusi (DUN) Batu Kitang.
Kerusi tersebut menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), PKR, DAP dan dua calon bebas.
DAP menamakan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa yang akan menentang sekutunya dari PKR, Voon Shiak Ni.
Abdul Aziz pada asalnya dikatakan akan bertanding di kerusi Stakan.
BN pula mempertaruhkan Lo Khere Chiang (SUPP) sebagai calon.
Sulaiman Kadir, bekas pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur pula akan bertanding sebagai calon Bebas.
Seorang lagi calon bebas dikenal pasti sebagai Datuk Seri Othman Bojeng, 59, yang juga ahli perniagaan.
Selain di DUN Batu Kitang, DAP turut akan bertembung PKR di DUN Murum, lapor Berita Harian.
Kerusi DUN Murum menyaksikan pertandingan empat penjuru yang
membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Chuk Pai; calon PKR, Abun Sui
Anyit; calon DAP, Mathew Silek dan calon Bebas, Stanley Ajang Batok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.