Isnin, 25 April 2016

IPIC kata akan buat bayaran selepas 1MDB ingkar

MALAYSIAKINI




International Petroleum Investment Co (IPIC) milik Abu Dhabi berkata firma itu akan membuat bayaran faedah AS$50.3 juta kepada pemegang nota yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) dan dijamin oleh 1MDB, sekiranya syarikat pelaburan negara itu ingkar atau gagal berbuat demikian.

Keingkaran akan berlaku jika syarikat Malaysia yang dilanda masalah itu gagal membuat pembayaran pada atau sebelum Isnin, April 25, kata IPIC dalam satu makluman kepada Bursa Saham London hari ini.

IPIC juga berkata kegagalan 1MDB tidak akan bermakna ‘cross-default’ oleh IPIC berhubung hutangnya sendiri.- Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.