shahbudindotcom
Selepas
pendedahan oleh Sarawak Report mengenai syarikat senjata api yang
didakwa milik anak perempuan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar,
banyak pihak sudah bersuara tentang perkara itu.
Semalam
NGO pemantau jenayah, MyWatch tampil menyuarakan agar SPRM menjalankan
siasatan sama ada syarikat tersebut memperolehi sebarang kontrak dengan
kerajaan atau sebaliknya.
Jika ada, maka telah berlaku konflik kepentingan, kata Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan.
Hari
ini pula, Perkasa mendesak Khalid sendiri menjelaskan sekiranya
syarikat anaknya itu mendapat sebarang manfaat daripada kedudukannya
sebagai Ketua Polis Negara.
Pertama,
Khalid kena jelaskan syarikat anak dia dapat apa-apa kontrak daripada
PDRM atau tidak. Kedua, kita nak tahu jangka masa syarikat itu
ditubuhkan, semenjak dia jadi KPN atau sebelumnya, kata Ketua Biro
Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin.
Tetapi, mengapa sehingga ini Khalid masih berdiam diri sedangkan dalam isu-isu lain, beliau begitu pantas memberi reaksinya?
Penjelasan
Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim dalam isu ini langsung
tidak memadai kerana jawapan yang perlu didengari ialah daripada Khalid
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.