HAZRI NAWAR
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang dihalang daripada memasuki
Sarawak, akhirnya berjaya 'meloloskan' diri ke negeri ini bagi
menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.
Mohamad yang dihantar pulang ketika cuba memasuki Sarawak pada 22 Mac
lalu, dilihat kembali berada di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri
(Dun) yang ditandingi parti itu sejak petang semalam.
Malah kemasukan topeng muka wajah beliau dengan jumlah yang banyak
itu dilihat bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.
Pagi ini sempena hari penamaan calon, rata-rata penyokong Amanah
dilihat mengenakan topeng wajah Mohamad, sebagai tanda kebersamaan
dengan presiden parti itu selepas beliau tidak dapat menyertai kempen
kali ini.
Amanah yang dilancarkan September tahun lalu, buat julung kalinya
menyertai pilihan raya kali ini bersama PKR dan DAP dalam muafakat
Pakatan Harapan.
Mereka akan meletakkan calon bertanding di 13 daripada 82 kawasan Dun
Sarawak termasuk Demak Laut, Muara Tuang, Sadong Jaya, Samariang,
Gedong, Sebuyau, Kuala Rajang, Beting Maro, Kabong, Semop, Daro,
Jemoreng dan Balingian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.