Bukan apa takut telondeh seluaq. Kalau telondeh seluaq Datuk Seri tak pa la. Ni dengan seluaq seluaq kami pun telondeh sama.
1. Assalammualaikum dan Selamat Petang Datuk Seri Najib. Dah genap 5 hari dah penanguhan bayar faedah hutang 1MDB sebanyak AS$50 juta (RM195.03) juta. Saya difahamkan Datuk Seri dapat tempoh penangguhan (grace period) 5 hari untuk bayar faedah hutang tersebut selepas 19 Apr 2016 yang sepatutnya tempoh sebenaq kena bayaq.
2. Hari ini hari yang patut kena bayaq AS$50 juta (RM195.03) juta selepas Datuk Seri dapat tempoh penangguhan (grace period) 5 hari. Macam mana Datuk Seri boleh bayaq ka?. Ada duit ka nak bayaq?. Ambik duit mana nak pi bayaq?. Pinjam duit ka nak bayaq faedah hutang?. Pinjam kat sapa pula?. Kalau pinjam sapa pulak penjamin?. Kalau kerajaan penjamin, laku lagi ka jaminan kerajaan. Saya bukan apa Datuk Seri, macam saya kata 5 hari sudah. Seghiyau kami kut bawah ni. Takut dengan kami kami kena sita Kalau Datuk Seri tak boleh bayaq hutang.
3. Cuba Datuk Seri ceghita teghuih teghang kat kami. Takat la ni beghapa bilion RM dah yang keghajaan 1MALAYSIA jamin hutang 1MDB. Beghapa yang keghajaan keluaq surat sokongan (letter of support) untuk hutang 1MDB. Dalam buku laporan penyiasatan PAC di muka surat 48-57 menunjukan hutang 1MDB yang kerajaan jamin berjumlah RM13.56 bilion (66.7%) yang kerajaan keluar surat sokongan (LOS) RM5.80 bilion (28.6%) dan yang dalam bentuk Bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan (standby credit) RM950 juta 4.7%. Tu dia banyak tu Datuk Seri. Naik takut kami sebab jaminan kerajaan tu jaminan negara dan rakyat. Bukan apa takut telondeh seluaq. Kalau telondeh seluaq Datuk Seri tak pa la. Ni dengan seluaq seluaq kami pun telondeh sama.
4. Cuba ceghita sat kat kami. Apa jadi dengan duit yang 1MDB duk beghutang selama ni. Meniaga apa Datuk Seri sampai beghutang bayaq hutang ni macam tajuk lagu SALLEH YAAKUB “GALI LUBANG TUTUP LUBANG PINJAM WANG BAYAR HUTANG”. Tak untung ka meniaga. Aset jaminan hutang masih ada lagi ka. Tolong habaq mai sat kat kami pada semua soalan diatas. Pi bayaq dulu no hutang yang kena bayaq hari ni AS$50 bilion (RM195.03) juta.
* Datuk Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.