SHAH ALAM: Akhbar bahasa Melayu tertua di negara ini, Utusan Malaysia,
bukan sebuah organisasi rasis tetapi digambarkan sedemikian rupa oleh
pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi, kata Sultan Perak
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi ini.
Dalam ucapan perasmian di Anugerah Perniagaan Utusan 2015, baginda
bertitah akhbar itu memperjuangkan isu-isu Melayu sejak pembentukannya
78 tahun lalu dan hanya meneruskan dasar yang kini menjadi sebahagian
daripada asas teras syarikat itu.
Peranan ini, titah sultan tidak bermakna atau tidak boleh dianggap
sebagai tanda Utusan menentang kaum lain atau membenci mereka.
"Apa saja persepsi negatif yang dikenakan ke atas Utusan Malaysia, ia
bukan sebuah akhbar yang diskriminasi. Ini dapat dilihat apabila ia
mempertahankan seorang gadis Cina (Melissa Gooi)," kata Sultan Nazrin.
Gooi merupakan seorang pengguna Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong pada 2013.
Penolong Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Zaini Hassan mempertahankan
Gooi dan meminta lebih banyak usaha diambil Kementerian Pendidikan
untuk mendidik rakyat Malaysia asas-asas mengenai Perlembagaan
Persekutuan di sekolah.
Sultan Nazrin berkata lagi, akhir-akhir ini, percubaan menggambarkan
Utusan Malaysia dalam keadaan negatif kelihatan lebih ketara.
“Ia dibuat mereka yang ada agenda menghapuskan kontrak sosial
dipersetujui pemimpin terdahulu ketika memformulakan dasar teras yang
membentuk negara merdeka.
“Mereka jadi lebih vokal dalam mempersoalkan hak Bumiputera dan buat
pelbagai aktiviti subversif, cuba mengurangkan hak istimewa Bumiputera
seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan itu sama seperti menjolok sarang tebuan. Mereka sebenarnya bermain dengan api,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.