MALAYSIA DATELINE
Blok
ketiga yang menggabungkan Pas dan Ikatan akan menjadi ‘pembesar suara’
kepada parti-perti kecil, badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh
perseorangan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi
Marzuki.
Beliau menjangkakan lebih banyak parti, badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh perseorangan akan menyertai blok ketiga.
Penyertaan
kumpulan-kumpulan tersebut katanya akan menjadikan blok ini 'berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah' dengan blok-blok yang lain, malah
berkemungkinan ia akan menjadi lebih besar.
“Pembentukan blok
Ketiga ini, biarpun dipandang sinis oleh pihak-pihak tertentu, diyakini
akan menjadi 'pembesar suara' kepada parti-parti kecil, NGO dan tokoh
perseorangan.
“Sebelum ini, suara kumpulan dan toko ini yang
mewakili pelbagai latar belakang masyarakat tidak begitu didengari
disebab jangkauan mereka yang begitu terbatas. Dengan wujudnya blok
ketiga suara mereka akan menjadi bergema dan sekaligus memberi manfaat
kepada masyarakat yang diwakili,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut
Zuhdi juga, keterbukaan Pas untuk duduk semeja dengan mana-mana
kumpulan dan tokoh yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat
adalah satu usaha untuk mengangkat suara mereka di peringkat nasional.
Kemunculan
kumpulan-kumpulan ini ujarnya, mungkin dianggap sifar oleh sesetengah
pihak, tetapi apabila suara-suara mereka digabungkan ia akan bergema.
“Blok-blok
politik yang angkuh perlu diingatkan keangkuhan mereka boleh sahaja
diranapkan oleh kuasa sifar, kerana sebarang angka yang didarabkan
dengan sifar akan menjadi sifar pula,” tegasnya.
Beliau
menambah, daripada pemerhati PPP, selepas pilihan raya umum ke-13 PRU ke
13, muncul banyak parti kecil yang mewakili pelbagai segmen masyarakat
dan dianggarkan tidak kurang dari 20 parti baru telah didaftarkan sejak
2013.
“NGO dan tokoh-tokoh perseorangan di Malaysia juga semakin
mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk mencorakkan landskap politik
Malaysia. Meskipun NGO dan tokoh perseorangan tidak menyertai politik
secara langsung, tetapi suara mereka mula bergema sehingga memungkinkan
ia merubah corak dan budaya politik dalam negara ini.
“Contoh
yang paling menonjol hari ini ialah gabungan ratusan NGOs dan puluhan
tokoh-tokoh perseorangan di bawah Kongres Rakyat yang tampil
memperjuangkan isu-isu nasional seperti Perjanjian Perkongsian Trans
pasifik (TPPA) dan Sistem Dwi Bahasa (DLP),” katanya.
Pada 16
Mac lalu, Pas mengumumkan permuafakatan baharu bersama Ikatan yang
dipimpin bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai
persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebuah sekretariat akan diwujudkan
antara Pas dan Ikatan yang disertai kepimpinan tertinggi kedua-dua parti
untuk merangka dan berbincang agenda kerjasama berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.