Oleh Aspan Alias
Mungkin
kah Tun Mahathir akan sama keadaannya dengan Tunku Abdul Rahman dan
Hussein Onn? Maksud saya Tun Mahathir jika ditakdirkan meninggal dunia
beliau tidak berada
dalam UMNO seperti kedua-dua bekas Perdana Menteri itu. Kalau begitu
hanya Abdullah Badawi sahaja yang akan meninggal berada dalam UMNO, dan
Tun Razak meninggal semasa beliau masih dalam UMNO dan masih dalam
jawatan Perdana Menteri.
Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn tidak mati dalam UMNO kerana mereka
tidak bersetuju dengan penubuhan UMNO Baru ini. Kepada Tunku dan Hussein
penubuhan UMNO baru sememangnya dirancang dengan membunuh UMNO lama
itu. Tun Mahathir pula meninggalkan UMNO kerana tidak bersetuju dengan
Perdana Menteri Najib Razak kerana beliau berpendapat UMNO itu sekarang
bukan lagi UMNO dan ianya hanyalah parti ‘Najib’ dan segala identiti
UMNO itu sudah hilang dipandang mata. Sifat dan rupa bentuk UMNO itu
sudah hilang samasekali dan tidak berguna lagi untuk berada dalam parti
itu.
UMNO sekarang terlalu sarat dengan penyalahgunaan kuasa oleh pucuk
pimpinannya dan juga setiap peringkat kepimpinannya. Malah pemimpin UMNO
sekarang sedang ketagih dengan rasuah dan salah guna kuasa. Jika tidak
makan rasuah seolah-olah nya ia bukan lagi pemimpin UMNO. Pendeknya UMNO
dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara
satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang tanpa UMNO dan UMNO tidak
akan berjaya tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
UMNO itu merupakan parti yang rendah moral pemimpinnya. Tidak seperti
dahulu kala. Pelajaran tinggi tidak berjaya menjadikan seseorang
pemimpin UMNO itu berfikir secara baik dan sentiasa memilih kerja ‘cari
duit luar’ yang banyak sebagai perjuangan utama mereka. Kos untuk
menanggung pemimpin hari ini amat tinggi dan yang menjadi mangsa adalah
perbendaharaan negara. Dulu kita menganggapkan apabila seseorang itu
mempunyai pelajaran yang tinggi mereka akan tahu untuk membuat penilaian
kepada diri masing-masing. Tetapi sebaliknya mereka yang belajar tinggi
pun akan menjadi bodoh bila menyertai UMNO.
Satu lagi ‘attribute’ yang buruk dalam UMNO itu ialah sifat kurang ajar
pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu sombong bila bercakap. Bila berbahas
kerana perbezaan kuasa pemimpinnya bercakap tanpa ‘decorum’ yang
baik.Bukan sedikit di antara pemimpin yang seperti Nazri Aziz dan
pemimpin inilah yang diharapkan untuk menyelamatkan bangsa dan agama
kita.
Jika benar niat Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib yang paling
‘controversial’ dalam dunia sekarang ini ia patut disokong ramai. Najib
pun bukan lagi melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri, di sebaliknya
beliau berpusing merata-rata dunia untuk menyelesaikan masalah yang
beliau tidak dapat sorokkan lagi. Najib telah berbohong hingga ke
Parlimen dan satu pun percakapan beliau tidak dapat dipercayai. Tiada
apa lagi yang kita boleh harap dan minta dari Najib sekarang ini. Jika
ada pun permintaan ramai sekarang ialah untuk Najib membuka mulutnya
luas-luas kerana orang ramai nak tengok apakah jenis lidah yang ada di
dalam mulut beliau itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.