PETALING JAYA: Subsidi seguni tepung gandung seberat 25 kilogram akan ditarik balik mulai hari ini.
Pengilang yang menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan minggu lalu berkata, mereka
dimaklumkan mengenai penghapusan subsidi tepung gandum.
Pemborong juga dipercayai telah menerima pekeliling mengenai perubahan
harga bagi tepung gandung seberat 25kg di Semenanjung Malaysia termasuk
jenama Blue Key, yang kini dijual pada harga RM42 tanpa subsidi.
Memetik laporan The Star, seorang pengilang tepung yang hanya mahu
dikenali sebagai Ng berkata, beliau adalah antara wakil-wakil industri
yang hadir pada mesyuarat 24 Februari lalu yang dihadiri oleh pegawai
kanan kementerian.
"Tepung gandum RM25kg yang dibeli oleh peruncit seperti kedai kopi dan
restoran mamak, akan meningkat daripada RM33.75 kepada RM42," kata Ng.
Kenaikan ini satu mungkin membawa kepada kenaikan harga makanan seperti roti canai, mi dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengekalkan harga RM1.35 subsidi bagi
1kg tepung gandum yang dibeli oleh isi rumah seperti jenama Blue Key
dan Bunga Cempaka.
Beliau berkata, sebelum ini mereka menikmati RM600 hingga RM800 subsidi
bagi setiap tan metrik tepung yang dihasilkan setiap bulan atau 60 sen
hingga 80 sen sekilo bergantung kepada harga gandum di pasaran.
Subsidi ini, katanya telah merosakkan harga pasaran tepung kerana kos
memproses gandum menjadi tepung boleh melebihi RM33.75 sekilo.
Harga untuk pengeluaran tepung adalah berbeza-beza berdasarkan harga
gandum iaitu yang terkini adalah RM968 (AS$230) satu tan metrik.
"Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan," katanya.
Seorang lagi pengimport tepung berkata, harga makanan seperti roti
canai dan kuih tempatan yang menggunakan tepung biasa boleh terjejas
akibat penghapusan subsidi ini.
Beliau berkata roti, biskut dan kek yang menggunakan tepung premium yang tidak mendapat subsidi, tidak akan terjejas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Seri Alias
Ahmad enggan mengulas mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.