Sabtu, 19 Mac 2016

Dengan PM boleh selfie, tapi tanya soalan tak boleh

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu Kawan, Kashturi Patto hairan mengapa Datuk Seri Najib Razak lebih gemar dan membenarkan orang awam berselfie dengannya tetapi tidak untuk mengajukan soalan kepadanya.

Selain berselfie bersama rakyat, Najib juga berselfie dengan Presiden Amerika, Barack Obama, tetapi tidak gemar diajukan soalan oleh orang media dan orang awam.
Selain berselfie bersama rakyat, Najib juga berselfie dengan Presiden Amerika, Barack Obama, tetapi tidak gemar diajukan soalan oleh orang awam dan media.

“(Ia) agak pelik sebab Perdana Menteri kini rajin dan giat turun padang di bumi kenyalang untuk majlis-majlis bertemu dengan peminat-peminat untuk bersalam atau berselfie.

“Tetapi apabila dua wartawan Australia mendekati Perdana Menteri untuk tanya (mengenai) skandal 1MDB, tiba-tiba ia dianggap sebagai satu jenayah oleh pihak berkuasa di Malaysia,” kata Kashturi di Dewan Rakyat hari ini, lapor Malaysiakini.

Beliau mengulas penahanan dua wartawan Australia Broadcasting Corp (ABC) di Sarawak, Sabtu lalu ketika cuba mengemukakan soalan kepada Najib berhubung skandal rasuah 1MDB.

Polis mendakwa kedua-dua mereka begitu ‘agresif’ mendekati Najib sehingga menyebabkan penangkapan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.