Isnin, 1 Februari 2016

Wakil pembangkang menghadap esok

Susan Loone

 


Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan bertemu dengan wakil rakyat pembangkang negeri esok untuk cuba menyelesaikan krisis menteri besar.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, 15 ADUN pembangkang negeri akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada jam 2 petang esok.

Mahfuz berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno telah melampaui batas mereka dalam usaha untuk menyingkirkan Muhkriz sebagai menteri besar.

"Beliau (Najib) hanya mahu menghapuskan musuhnya. Beritahu saya, perlu ke kita mengantikan MB?" kata Mahfuz ketika ditemui di Stadium Alor Setar.

Mahfuz hadir bagi menyatakan solidaritinya bersama Muhkriz yang sejak 19 Januari lalu berdepan dengan cubaan rampasan kuasa.

Difahamkan bahawa separuh daripada 19 ADUN BN yang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah petang tadi tidak menyokong gerakan untuk menggulingkan Muhkriz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.