SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang
pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan dua anggota kerana
dipercayai terbabit melindungi sindiket kereta klon.
Ketiga-tiga mereka yang berusia 27 tahun hingga 54 tahun itu,
dipercayai menerima suapan sejumlah wang setiap bulan bagi memastikan
aktiviti sindiket terbabit tidak diganggu.
SPRM dalam kenyataannya berkata, mereka ditahan di kawasan Temiang, di
sini, dalam satu operasi khas SPRM di antara jam 2 petang hingga 2.30
petang semalam.
"Pegawai terbabit bersama dua anggota masing-masing berpangkat koperal
dan konstabel itu bertugas di bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat
Polis Kontinjen negeri.
"Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk direman
bagi membantu siasatan, pagi esok," kata kenyataan itu lagi.
Katanya, SPRM juga menyita beberapa kereta klon milik sindiket itu dalam operasi susulan petang tadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap,
ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat
mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.