Khamis, 25 Februari 2016

Tiada lagi akses The Malaysian Insider

 
Paparan sekatan akses terhadap portal berkenaan menunjukkan ia melanggar undang-undang negara


TMI-Blocked


KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyekat akses terhadap portal The Malaysian Insider menerusi beberapa penyedia perkhidmatan internet.

Semakan FMT mendapati, penyedia internet Celcom, U Mobile dan UniFi menyekat laman sesawang itu dengan paparan ‘ia melanggar undang-undang negara’.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia gagal dihubungi FMT untuk mendapatkan maklum balas ketika ini.

Sementara itu, pengarang dan Ketua Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq mendakwa tiada notis dihantar kepada pihaknya berhubung sekatan itu.

“Ia kejutan yang amat tidak menyenangkan. Saya cuba menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi pegawainya sedang bermesyuarat,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Sebelum ini, laman sesawang Sarawak Report disekat pada Julai 2015 atas alasan kandungannya yang disifatkan mengancam keselamatan negara.

Pihak berkuasa negara ini sudah menyekat pelbagai laman sesawang seperti Malaysia Chronicle, Asia Sentinel, beberapa blog dan kandungan yang berunsur pornografi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.