shahbudindot.com
Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO?
Apakah
Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi
telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan
tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada
pemimpin, parti dan negara?
Apakah
Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara dalam mesyuarat MT UMNO
saja, tetapi tidak dalam program-program parti dan kemasyarakatan yang
lain?
Jika
Muhyiddin hanya boleh bercakap dalam mesyuarat atau dalam perjumpaan
tertutup kepada ahli-ahli UMNO sahaja, mengapa beliau dilarang
merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta
penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?
Mengapa
juga mesyuarat pelbagai jawatankuasa yang biasa dipengerusikannya
sebelum ini atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO, turut
dibekukan sebaik jawatannya dalam kerajaan dilucutkan?
Berbanding
Muhyiddin yang bercakap dengan ikhlas, jujur serta dengan niat
menegakkan kebenaran, apakah ia lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin
UMNO lain yang berbunga-bunga memuji Perdana Menteri, tetapi semuanya
adalah pujian palsu terutama berkaitan wang RM2,600 juta dan dana RM42
juta daripada SRC International yang secara umumnya budak-budak sekolah
pun benar atau salah mengenainya?
Apakah
jika ingin mengkritik dan memperkatakan sesuatu kebenaran, ia mesti
dilakukan dalam mesyuarat MT saja, manakala jika ingin memuji, menggilap
dan melambung Perdana Menteri, ia sebebasnya boleh dilakukan secara
terbuka?
Demi
keadilan, bukankah jika mengkritik secara terbuka tidak dibenarkan,
maka memuji secara terbuka, lebih-lebih lagi pujian yang menyebabkan
rakyat tertawa mendengarnya, seharusnya dianggap tidak beretika juga?
Akhirnya,
jika Najib dapat memberi jawapan yang meyakinkan kepada semua persoalan
ini, maka dipersilakanlah, terutama sempena sudah 40 tahun usianya
bersepak-terajang dalam politik, sama ada menggantung jawatan,
menggantung keahlian atau memecat terus keahlian Muhyiddin dalam
mesyuarat MT akan datang ini.
Nota:
Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak juga
dipersilakan untuk tolong jawab bagi pihak Najib yang mereka kasihi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.