shahbudindotcom
Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Sabbaruddin Chik sudah dilantik sebagai Pengerusi Amanahraya Berhad, mengganfikan Reezal Merican Naina Merican yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri sejak Julai tahun lalu.
Tanpa
angin, tanpa ribut dan dalam diam-diam, Sabbaruddin sebenarnya sudah
pun memulakan tugas barunya itu hampir sebulan yang lalu.
Beliau
tidak pernah meminta atau melobi sebarang jawatan dan secara tiba-tiba
saja menerima panggilan daripada Putrajaya mengenai tawaran itu.
Secara spesifiknya, Perdana Menteri, Najib Razaklah yang memberikan jawatan itu kepadanya.
Bagi
Sabbaruddin, beliau menerima tanggunggawab yang diberikan oleh Perdana
Menteri itu sebagai amanah yang harus dilakukannya dengan sebaik
mungkin.
"Orang dah memberi, takkan saya nak tolak. Lagi pula, saya memang seorang yang suka bekerja.
"Tetapi
dalam masa yang sama, saya sedar ada tanggungjawab dan kepercayaan yang
harus saya laksanakan dengan sebaiknya di Amanahraya ini," kata
Sabbaruddin ketika saya mengunjungi beliau di pejabatnya di Tingkat 15,
Menara Amanahraya minggu lalu.
Oleh itu, kata bekas Setiausaha Agung UMNO itu lagi, jika tiada sebarang urusan lain, beliau biasanya sudah sampai ke pejabat sekitar jam 9 pagi setiap hari.
Selainnya,
Sabbaruddin juga berazam untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat atau
meniupkan nafas segar kepada warga kerja Amanahraya dan masyarakat
keseluruhannya berkaitan tugas barunya sekarang.
Kata
beliau, rekodnya sebelum ini sama ada sebagai menteri mahupun Pengerusi
Bank Rakyat menunjukkan beliau sentiasa cuba melaksanakan idea-idea
baru yang bermanfaat kepada orangramai.
"Orang
selalu ingat Amanahraya ini hanya berkaitan wasiat dan pusaka saja,
tetapi sebenarnya ia juga terlibat dalam pengurusan unit amanah,
hartanah, pelaburan serta perbankan," tambahnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.