Jumaat, 19 Februari 2016

Pengunjung hutan lipur di Langkawi dikenakan caj RM3

MALAYSIAKINI





Pengunjung akan dikenakan caj sebanyak RM3 untuk melawat hutan simpan dan hutan lipur di Langkawi mulai Mac ini, kata Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman.

Beliau berkata perkara tersebut telah diluluskan kerajaan negeri.

"Kawasan tersebut dimajukan oleh pihak swasta dan setiap pengunjung akan dikenakan caj RM3.

"Caj tersebut sebagai tambahan sumber kewangan kepada kerajaan (persekutuan dan negeri)," katanya di Majlis Amanat Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menganggarkan 500,000 penunjung akan berkunjung di kawasan rekreasi itu yang akan menjana pendapatan kira-kira RM1.5 juta hingga RM2 juta setahun.

Di Langkawi, terdapat tujuh hutan lipur di bawah Perhutanan Kedah seperti Air Terjun Temurun, Durian Perangin, Gua Cherita, Lubuk Semilang, Pasir Tengkorak, Telaga Tujuh dan Tasik Dayang Bunting.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.