Rabu, 24 Februari 2016

Pemuda Umno gesa polis siasat kewujudan papan tanda bebas Anwar

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pemuda Umno hari ini bertindak membuat dua laporan polis berhubung kewujudan papan tanda untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar negeri Selangor.
 
Menurut ‎Exco Pergerakan Pemuda Umno‎ Armand Azha Abu Hanifah, kewujudan papan-papan tanda yang bertulis 'Bebas rakyat, bebas Anwar' yang nyata menghina institusi kehakiman negara.
 
Laporan itu dibuat beliau bersama-sama Briget Kesatuan Muda Pergerakan Pemuda Umno dan Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia.
 
"Secara jelas Pakatan Harapan negeri Selangor tidak menghormati institusi Mahkamah dan undang-undang dimana telah menentukan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati bersalah tetapi hari ini mereka mengelirukan rakyat menyatakan bahawa Anwar adalah tahanan politik. 
 
"Ini saya lihat satu gerakan yang tidak baik dan tidak menghormati istitusi undang-undang kerana menyalahgunakan papan tanda dan mengeluarkan akhbar rasmi yang menyatakan beliau adalah tahanan politik," katanya di hadapan Balai Polis Damansara Utama hari ini.
 
Jelasnya, tindakan itu turut mengelirukan rakyat di mana Anwar telah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
 
Mahkamah Tinggi pada 10 Februari 2015 menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Umum PKR itu. 
 
Turut dipersoalkan mereka, di mana pembangkang memperoleh peruntukan sebegitu banyak bagi menaikkan papan-papan tanda berkenaan.
 
Oleh itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat dalam masa terdekat.
 
"Kita lepas ini akan membuat laporan kepada Peguam Negara kerana tidak menghormati keputusan mahkamah dan kita juga akan buat laporan kepada SPM kerana kita lihat bagaimana mereka dapat dana untuk mengeluarkan papan tanda di sekitar Selangor.
 
Laporan polis itu dibuat setelah mendapati Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didapati gagal memberikan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
 
"Kita minta Azmin Ali (Datuk Seri) untuk menurunkan papan tanda ini dan kita mintak Menteri Selangor yang diam tanpa berita tentang isu skandal yang banyak di Selangor ini untuk keluar memberikan kenyataan kerana menghina institusi mahkamah dan undang-undang.
 
Selain laporan polis terhadap tindakan berkenaan, Pemuda Umno turut membuat laporan polis berhubung kenyataan akhbar Selangor Kini.
 
Umno Selangor kelmarin mendesak meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
 
Perkara itu dibangkitkan Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail yang berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Anwar.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.