Khamis, 18 Februari 2016

PAN cabar PAS dedah nama ahli keluar parti - Che Ibrahim

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA  BHARU: Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan mencabar Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah mendedahkan nama ahli parti itu yang didakwanya kembali kepada PAS.
 
Timbalan Pengerusi PAN Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pihaknya yakin apa yang didakwa itu tidak benar.
 
“Dakwaan Mohd Amar tidak berasas. Senaraikan kepada kami nama yang mahu keluar PAN untuk kami periksa,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
 
Che Ibrahim berkata, ahli PAN bagaimanapun tidak perlu takut untuk mengisytiharkan diri sekiranya mahu berpatah balik kepada PAS.
 
“PAN tidak bersikap menghukum ahli dengan macam-macam gelaran atau hukuman.
 
“Semua warganegara bebas memilih dan menyokong parti pilihan mereka tanpa diikat dengan sumpah atau baiah kerana parti hanyalah alat kepada perjuangan,” katanya.
 
Bagaimanapun, beliau yakin dengan kesetiaan penyokong PAN memandangkan setakat ini belum ada ahli-ahlinya yang menunjukkan tanda-tanda kekecewaan serta tidak puas hati dengan perjuangan parti itu.
 
“Apa lagi untuk keluar menjadi ahli lain atau kembali semula kepada parti asal mereka,” katanya.
 
Kelmarin Amar mengesahkan terdapat ahli PAN yang mahu kembali kepada PAS.
 
Walau bagaimanapun beliau berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengumumkan secara rasmi mengenai bilangan individu terlibat.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.