Selasa, 2 Februari 2016

Najib tidak dapat sokongan penuh ADUN Kedah?

 
Ia susulan tindakan Jemaah Pemangku Sultan Kedah memanggil ADUN pembangkang untuk menghadap hari ini.


najib-mahfuz


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa tidak mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dakwaan itu dibuat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar susulan Jemaah Pemangku Sultan Kedah memanggil kesemua ADUN pembangkang menghadap, hari ini.

Semalam, kesemua 20 ADUN BN termasuk Mukhriz telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Logiknya jika Jemaah Pemangku Sultan Kedah mendapat perakuan 19 ADUN BN tidak lagi percaya pada Mukhriz tidak ada lagi keperluan untuk memanggil ADUN pembangkang. Kerana bilangan 19 ADUN sudah mencukupi untuk menggugurkan Mukhriz,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Ketua Penerangan PAS itu turut mempersoal sama ada tindakan Jemaah Pemangku Sultan Kedah memanggil pembangkang kerana harapan untuk mengekalkan Mukhriz bergantung pada pembangkang.

“Adakah ini bermakna harapan hanya ada pada pembangkang untuk kekalkan Mukhriz sebagai MB dan tewaskan Najib pada petang hari ini? Walaupun jumlahnya sama banyak 18-18 tiada masalah untuk kerajaan ini kekal dengan Mukhriz sebagai MB asalkan Najib dan kuncunya kalah. Menghalang Mukhriz disingkir bermakna menewaskan Najib.

“Jika ini berlaku pasti bilangannya menjadi pembangkang 15, Mukhriz 2 dan Najib 19 dan Kedah akan mendapat kerajaan tandas kerana seperti yang saya katakan kertas akuan bersumpah yang ditanda tangan oleh ADUN BN nilainya sama seperti kertas tandas mencuci najis.

“Kerajaan baru nanti adalah kerajaan yang busuk. Ini sangat memalukan dan merupakan penghinaan kepada Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah serta rakyat Kedah,” katanya.

2 ulasan:

  1. Fahamlah najib sekarang.. kuasamu hampir di hujung tanduk..

    BalasPadam
  2. Fahamlah najib sekarang.. kuasamu hampir di hujung tanduk..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.