KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines MH2 yang berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke London, lewat malam
tadi, dilaporkan mengalami masalah teknikal.
Sehubungan itu, pesawat jenis A380-800 itu berpatah balik ke KLIA demi keselamatan penumpang.
Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan Malaysia Airlines, hari ini.
"MH2 yang berlepas dari KLIA pada jam 11.30 malam semalam sepatutnya tiba di London jam 5.35 pagi ini waktu tempatan.
"Bagaimanapun, selepas beberapa minit berada di udara, juruterbang MH2
membuat keputusan untuk berpatah balik demi keselamatan penumpang kerana
pesawat mengalami masalah teknikal," katanya.
Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines meminda jadual penerbangan ke
London menggunakan pesawat lain bagi mengelak kesulitan penumpang.
Selain memohon maaf terhadap kelewatan penerbangan itu, Malaysia
Airlines turut memberi jaminan punca masalah teknikal berkenaan akan
disiasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.