KOTA TINGGI - Mayat murid darjah enam yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Pantai Tanjung Sepang, Sungai Rengit petang Sabtu lalu berjaya dijumpai kira-kira jam 2.35 petang tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata mayat Heng Tock Peng, 12 dijumpai kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dijumpai terapung di kawasan perairan sebelum dibawa ke darat oleh anggota penyelamat. Ketika ditemui mangsa hanya berseluar tidak berbaju.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Fadli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini membabitkan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian yang melibatkan kawasan persisir pantai.
Katanya, ekoran keadaan laut bergelora serta angin kuat dan juga ombak setinggi tiga meter menyebabkan pencarian dilaut tidak dapat dijalankan.
Tambahnya, ekoran penemuan itu operasi SAR yang dijalankan 24 jam sejak tiga hari lalu ditamatkan.
Artikel Berkaitan
- 'Cikgu, ada budak masuk air'
- Lemas: Mayat murid darjah enam ditemui
- Lelaki lemas jatuh sungai
- Murid tahun enam dikhuatiri lemas
- Nyaris mati lemas dalam lumpur
- Mayat lelaki terdampar di pantai Labuan
- Lima lagi mayat Pati ditemui di Tanjung Kelisa
- ‘Kejam...cukup kejam’
- Kegembiraan tiga sahabat berakhir tragedi
- Remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.