1MDB dan derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri turut pengaruhi skor Malaysia dalam CPI 2015.
KUALA LUMPUR: ‘Gangguan’ kerajaan terhadap institusi dan agensi penguatkuasaan antara punca skor dan kedudukan negara merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015
Antaranya ialah penukaran Peguam Negara dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan pemindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain itu, kontroversi berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri turut banyak mempengaruhi skor Malaysia dalam CPI 2015
Presiden Transparency International- Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Sattar, berkata, semua isu itu dinilai oleh badan penyelidik tempatan dan luar negara untuk merumuskan skor Malaysia dalam CPI 2015.
“Perkembangan ini menjadikan kredibiliti kerajaan terjejas dan nama baik negara tercalar,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di sini, hari ini.
Akhbar berkata, skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI sangat mempengaruhi sentimen pelabur untuk membuat keputusan melabur di negara ini.
Ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 menurun daripada tangga ke-50 pada tahun 2014 kepada tangga ke-54 pada 2015, manakala skor CPI juga menurun daripada 52 mata sebelumnya kepada 50
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.