PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Mahkamah Sivil perlu
menentukan hak penjagaan kanak-kanak yang memeluk agama Islam dalam kes S
Deepa melawan bekas suaminya, yang merupakan seorang mualaf, Izwan
Abdullah.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus
Sharif berkata, perkahwinan bukan Islam tidak dibubarkan apabila salah
satu pihak memeluk Islam.
"Penceraian dan hak penjagaan anak bagi perkahwinan bukan Islam adalah
bidang kuasa eksklusif mahkamah sivil," katanya ketika menolak rayuan
Izwan Abdullah.
Lain-lain hakim ialah Hakim Besar Malaya, Zulkfli Ahmad Makinudin,
Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdull Hamid Embong; Suriyadi Halin Omar dan
Azahar Mohamed.
Panel hakim kemudiannya menegaskan bahawa pasangan bukan beragama
Islam tidak boleh menyalahgunakan faktor memeluk agama Islam sebagai
tujuan melarikan diri daripada obligasinya.
Panel hakim itu bagaimanapun, memutuskan dalam kes ini, S. Deepa akan
terus mempunyai hak penjagaan ke atas anak perempuannya Sharmila
manakala, Izwan terhadap Mithran.
"Kedua-duanya sudah selesa dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa boleh mempunyai akses kepada anak-anak mereka," kata Raus.
Dalam pada itu mahkamah berehat sebentar bagi memberi laluan kepada
lima panel hakim untuk membuat keputusan berhubung jadual lawatan bagi
kedua-dua ibu-bapa melawat anak masing-masing.
Sebelum sebarang perbicaraan dibuat hari ini, panel hakim sebelum itu menemui kanak-kanak berkenaan di dalam kamar.
Dalam pada itu, suasana pagi tadi di sini agak tegang sedikit apabila
Deepa meminta supaya anak perempuannya duduk di sebelahnya sebelum kes
dibicarakan.
Bagaimanapun beliau tidak boleh berbuat demikian selepas hakim meminta
kedua-dua anak mereka diasingkan duduk daripada ibu-bapa mereka
memandangkan hakim mahu berjumpa kedua-dua anak tersebut dahulu.
Anak perempuan Deepa kemudiannya ditenangkan oleh pegawai-pegawai mahkamah sebelum dibawa ke bilik pengasingan.
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan turut memutuskan setiap dua bulan
sekali, setiap hari Sabtu daripada jam 10pagi hingga 3 petang.
Kedua-dua ibu bapa perlu membawa anak di bawah jagaan masing-masing
untuk sesi melawat di rumah ibu Deepa yang juga seorang mualaf.
Keputusan ini dicapai selepas kedua-dua ibu-bapa tersebut mencapai kata sepakat untuk berbuat demikian.
Kedua-dua mereka mempunyai lima jam untuk sesi melawat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.