KELAB GREENBOC
Demi untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan, sekumpulan warga siber
dan pengguna media sosial telah menubuhkan sebuah kelab bernama "Kelab
Penyokong Pakatan Harapan Malaysia' (KPPHM).
Menurut Presiden KPPHM, Sdra Othman Ismail atau lebih dikenali sebagai
Cikgu Man, objektif utama KPPHM ialah untuk membantu Pakatan Harapan di
dalam meraih sokongan rakyat dengan tumpuan diberikan kepada semua ahli
dan penyokong-penyokong parti-parti yang menjadi komponen Pakatan
Harapan iaitu AMANAH, PKR dan DAP.
"Kelab ini akan membantu Pakatan Harapan (PH) msacara umum sahaja
disamping menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh memperkuat dan
memperteguhkan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional dan
sekutu-sekutunya," kata Cikgu Man di dalam satu sessi temubual bersama
radio pedulifm yang disiarkan secara lansung melalui www.pedulifm.com malam tadi.
Sewaktu ditanya mengenai potensi PH di dalam pilihanraya ke 14 nanti
setelah PAS mengambil keputusan untuk bersendirian, beliau menyatakan
bahawa sekarang ini, mood rakyat untuk menolak dan menumbangkan kerajaan
BN amat tinggi berbanding dengan PRU13 dahulu. Mood rakyat ini
(mungkin) terhalang jika masalah ini (keengganan PAS untuk bekerjasama
dengan PH) tidak diselesaikan dan menurutnya kelab KPPHM menyedari
masalah ini.
"Untuk mengatasi masalah itu, kita gunakan formula yang kita pakai
sewaktu pakatan Rakyat dahulu, iaitu kita perkukuh dean perteguhkan
Pakatan Harapan," ujarnya.
"Apa saja suara-suara dan unsur-unsur yang boleh merosak dan
merungkaikan PH hendaklah kita tepis tanpa mengira ia datang dari
pimpinan parti mana sekalipun. Walaupun kita penyokong PH, tetapi
kita tidak menyokong membuta-tuli. Jadi kita sama-sama menolong
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang (mungkin) wujud di dalam PH,"
tambahnya.
Cikgu Man menyatakan masih ada lagi anasir-anasir di dalam PH yang tidak konsisten dengan (permuafakatan) PH sendiri.
KPPHM telah membentuk jawatankuasa utama pusat di dalam mesyuarat pertamanya ang terdiri daripada:
Penaung: Dato Seri Mohd Nizar bin Jamaluddin (AMANAH)
Penasihat I: YB Azan Ismail (PKR)
Panasihat II: YB Anthony Loke (DAP)
Presiden: Othman Ismail (Cikgu Man)
Timbalan Presiden: Greenboc
Naib Presiden 1: Kevin
Naib Presiden II: Kak Nora
Naib presiden III: Dahlan
Setiausaha Agung: Tun Teja Othman
Pen Setiausaha Agung: Achoi
Bendahari: Zizou Yusof
AJK-AJKnya adalah terdiri pengerusi-pengerusi negeri seperti berikut:
Pengerusi Perlis - Wati
Pengerusi Kedah - Kevinn
Pengerusi Pulau Pinang - Rabbani
Pengerusi Perak - Abg Zali
Pengerusi Selangor - Nunui
Pengerusi Kuala Lumpur - Zerry
Pengerusi WP Labuan - Nur Qaseh
Pengerusi Sabah - Tuan Awang Chuchu
Pengerusi Melaka - Greenboc
Pengerusi Negeri Sembilan - Achoi
pengerusi Johor - Teja
Pengerusi Sarawak - Dahlan
Pengerusi Kelantan - Sheikh Azmi
Pengerusi Terengganu - Cikgu Man
Pengerusi Pahang - Ag Husin Kelah
Kelab ini juga mempunyai facebooknya sendiri yang boleh diakses melalui alamat ini.
Kesemua ahli dan penyokong PH di seluruh negara yang berminat untuk
menjadi ahli boleh mendapatkan maklumat dan menghubungi nombor telefon
pengerusi-pengerusi negeri melalui facebook yang dinyatakan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.