PETRA JAYA: Beberapa penempatan yang terletak berhampiran tebing Sungai
Sarawak, termasuk Kampung Seberang Hilir, di sini sekali lagi
ditenggelami air awal pagi tadi.
Paras air sungai mula meningkat kira-kira jam 4 pagi tadi berikutan pertembungan dengan fenomena air pasang besar.
Malah, ia diburukkan lagi dengan hujan lebat yang melanda bandar raya ini sejak jam 8 malam tadi.
Sehingga jam 5.30 pagi ini, air sudah mencecah dua meter dan
menunjukkan semakin meningkat di beberapa kawasan Kampung Seberang
Hilir.
Sementara itu, seramai 5,017 mangsa banjir daripada 1,405 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga jam 7 pagi ini.
Jumlah itu meningkat berbanding 3,230 mangsa banjir daripada 829 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.
Terdapat dua pusat pemindahan banjir baharu yang dibuka hari ini iaitu
Surau Darul Fadzillah Kampung Gita Laut dan Sekolah Kebangsaan (SK)
Tanah Merah, Serian.
Keseluruhannya, 21 pusat pemindahan dibuka di Kuching, manakala lima di Bau dan satu di Serian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.