shahbudindotcom
Bekas
Perdana Menteri paling lama, Tun Mahathir Mohamad hari ini membuat
keputusan yang mengejutkan iaitu sekali lagi keluar daripada UMNO
sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Najib Razak.
Katanya, beliau terpaksa keluar UMNO kerana parti itu kini hanya digunakan untuk mempertahankan presidennya sahaja.
UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang dulu, saya tidak boleh lagi jadi ahli parti yang begini, kata Tun Mahathir lagi.
Pada
2008 lalu, Tun Mahathir juga meninggalkan UMNO sebagai tanda protes
terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang ketika itu sarat dibelenggu
dengan masalah dan karenah "budak-budak tingkat 4" dalam pentadbiran
kerajaan.
Berikutan
tindakannya itu, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada
pilihanraya umum kemudiannya dan Tun Abdullah akhirnya setuju untuk
berundur pada 2009.
Sebaik saja Najib mengambil alih kelimpinan negara, Tun Mahathir turut kembali menyertai UMNO semula.
Selepas
berbulan-bulan menekan dan mengasak Najib berundur berikutan isu
skandal kewangan yang melibatkan dirinya, keluarnya Tun Mahathir
daripada UMNO kali ini tidak lain sebagai isyarat bahawa beliau tidak
lagi mahu menggunakan saluran parti itu dalam usahanya menyingkirkan
Perdana Menteri.
Tun
Mahathir melalui tindakannya ini dengan jelas mahukan UMNO dikalah dan
ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang yang akan diadakan
kira-kira dua tahun daripada sekarang.
Sudah
tentu dalam tempoh mulai sekarang hingga tarikh pilihanraya yang
dijangka diadakan pada 2018 nanti, beliau akan terus bekerja kerja
menjelalah ke seluruh negara bagi memastikan matlamatnya itu tercapai.
Secara
langsung juga, Tun Mahathir sebenarnya mahu membuktikan siapa yang
lebih diterima rakyat, sama ada dirinya atau pun Najib.
Maka,
Najib seharusnya jangan mengalah dan teruslah memimpin UMNO dan negara
sehingga keputusan pilihanraya diumumkan agar apabila tumbangnya UMNO
dan BN nanti, namanya akan tercatat dalam sejarah sebagai punca
runtuhnya sebuah kerajaan serta bakal menjadi sebutan anak cucu sehingga
hari kiamat.
Oleh
itu, siapa yang akan mengikut Tun Mahathir keluar UMNO tidaklah penting
kerana yang jauh lebih mustahak ialah berapa ramai di kalangan rakyat
dan pengundi yang sedia bersama-sama beliau dalam memastikan UMNO dan BN
dapat dikalahkan dalam pilihanraya nanti.
Jika
semasa beliau keluar UMNO pada kali pertama, keputusan pilihanraya
merudum daripada 198 kerusi pada 2004 kepada 140 kerusi pada pilihanraya
2008, berbekalkan 133 kerusi pada 2013 lalu, berapakah yang tinggal
pada 2018 nanti?
Di
tangan rakyat dalam pilihanraya 2018 nantilah kata putus sama ada
kerosakan yang sedang berlaku sekarang mahu terus dikekalkan atau
dipulihkan secara total melalui pembentukan sebuah kerajaan baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.