LIHAT VIDEO DI SINI
Laporan-laporan itu dibuat beberapa hari lalu dan polis akan mula menyiasat laporan berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Khalid bagaimanapun tidak pasti berapa jumlah laporan polis yang telah dibuat.
Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Mahathir, Khalid berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu mengikut prosedur.
Khalid minggu lalu menggesa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan catatan blog Mahathir supaya membuat laporan polis terhadapnya.
Beliau berkata, bagi kes tersebut polis akan melakukan siasatan berdasarkan laporan yang telah dibuat.
Khalid berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan catatan blog Mahathir pada 3 Februari adalah bersifat hasutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.