SHAH ALAM - “Menghadapi kehilangan orang yang rapat dengan kita
bukanlah mudah,” demikian luah balu wartawan pemotoran Sinar Harian,
Allahyarham Nik Norul Hidayat Nik Mustafa yang maut dalam kemalangan 9
Julai lalu.
Diselangi airmata, Anis Naziha Abdul Rauf berkata, meskipun perjalanan
hidupnya tidak lagi seperti dahulu, dia harus terus kuat mengharungi
hari mendatang lebih-lebih lagi dia kini sarat mengandungkan anak
tunggal pasangan itu.
"Nik pergi dalam keadaan tidak tahu saya mengandung, saya sendiri pun
tidak sedar yang saya mengandung sehinggalah rakan menasihati saya untuk
lakukan pemeriksaan (selepas pemergian suami)
"Meskipun perit untuk menghadapi takdir, saya perlu kuat dan terus tabah untuk mengharungi hidup bersama anak yang bakal lahir pada bulan hadapan,” katanya ketika berkongsi kisahnya selepas menerima sumbangan Kumpulan Media Karangkraf kepada keluarganya, di sini, hari ini.
"Meskipun perit untuk menghadapi takdir, saya perlu kuat dan terus tabah untuk mengharungi hidup bersama anak yang bakal lahir pada bulan hadapan,” katanya ketika berkongsi kisahnya selepas menerima sumbangan Kumpulan Media Karangkraf kepada keluarganya, di sini, hari ini.
Allahyarham Nik Norul Hidayat Nik Mustafa yang lebih mesra dipanggil
Nik meninggal dunia jam 6.41 pagi di Hospital Putrajaya, setelah
terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Elite.
[ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan Sinar Harian maut kemalangan]
Mengakui sedar tentang perubahan tingkah laku Allahyarham beberapa
ketika sebelum meninggal dunia, Anis berkata, dia tidak pernah menyangka
ia merupakan petanda Allahyarham akan pergi meninggalkannya buat
selama-lamanya.
“Pada kebiasaannya, sebelum arwah ke tempat kerja, saya akan selalu
berpesan kepadanya supaya dia berhati-hati. Saya tidak pernah terlupa
berpesan tentang hal yang sama.
"Dan ditakdirkan ALLAH, pada hari itu (hari kemalangan) saya terlupa
beri pesanan itu kepadanya,” luah Anis yang tidak dapat menyembunyikan
dukanya.
Menurut wanita berusia 32 tahun ini juga, dia juga pernah bermimpi
tentang kemalangan menimpa Allahyarham sebelum tragedi itu berlaku.
“Lima hari sebelum kejadian, saya ada bermimpi bahawa arwah meninggal
akibat kemalangan dan terlalu ramai orang yang datang untuk melakukan
solat jenazah ke atasnya.
"Pada masa itu saya anggap mimpi itu hanya mimpi biasa,” ujarnya lagi.
Anis turut terkilan kerana suaminya tidak sempat menjamah nasi beriani
kambing yang dibelinya untuk berbuka puasa bersama pada Ramadan lalu.
“Dia minta saya belikan nasi beriani kambing untuk berbuka puasa
sekali…tapi dia tidak sempat makan,” katanya yang tidak dapat menahan
sebak.
Al Fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.