Rabu, 17 Februari 2016

Anak muda benci politik?




Oleh Fahmi Zainol


Ramai anak muda sekarang ini tidak suka mengambil tahu mengenai politik. Politik kotor katanya, buang masa saja mereka ambil tahu mengenai politik.Saya menjangkakan hanya 20% sahaja anak muda sahaja yang cakna politik.

Untuk maklumat semua, dengan keputusan politiklah semua orang kena tempiasnya.

Bagi mahasiswa,Mereka mahu menumpukan pada pelajaran terlebih dahulu kononnya, jika mereka mengambil tahu mengenai politik pelajaran mereka akan terabai.

Selesai belajar mereka akan mencari pekerjaan, memikirkan tentang perkahwinan, beli rumah besar-besar dan kereta besar-besar.

Mereka tidak mahu mengambil tahu mengenai politik, kononnya buang masa mereka sahaja. Tapi secara realitinya, dengan keputusan politiklah yang tidak mahu mengambil tahu mengenai politik pun terkena tempiasnya.

Misalnya, disebabkan keputusan politik, jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikurangkan, biasiswa untuk anak-anak muda cemerlang dikurangkan, pinjaman eduloan Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak dibuka-buka, pinjaman Mara bermasalah, belanjawan universiti dikurangkan, jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dikurangkan, biasiswa MyBrain dilewat-lewatkan sehingga tidak tahu sama ada dapat atau tidak, harga kereta naik, harga hartanah naik, gaji tak naik-naik, rakyat Bangladesh 1.5 juta bakal dimasukkan ke Malaysia sehingga peluang pekerjaan anak muda diketepikan.

Bagi anak muda biasa.

Mereka hanya mahu tumpu untuk mencari pekerjaan dan mengumpul duit. Jika mengambil tahu mengenai politik, mereka mungkin tidak dapat pekerjaan dan tidak dapat mengumpul duit. Tapi secara realitinya,
dengan keputusan politiklah, yang tidak mahu mengambil tahu mengenai politik pun terkena tempiasnya.

Misalnya, disebabkan keputusan politiklah harga tol naik, harga kasut dan baju kena cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga barang "spare-part" motor dan kereta kena GST, harga tambang bas dan LRT naik, harga kereta naik, harga susu anak kena GST, gaji tak naik-naik, peluang pekerjaan kurang sebab 1.5 juta rakyat Bangladesh akan masuk Malaysia nanti.

Di sini bukanlah saya menyuruh anak-anak muda menaji ahli parti politik pun, cukuplah sekadar mengambil tahu mengenai isu semasa/politik, nilai dengan otak yang waras setiap isu semasa/politik dalam negara.

Turun mengundi pilih pemimpin baik bukan pemimpin yang suka ”kencing” dan menyusahkan hidup anda selama ini.

Jangan sesekali termakan umpan(duit, bantuan serta janji-janji manis) sewaktu pilihan raya umum nanti. Bagi saya umpan anda ambillah tetapi tidak perlulah undi pihak yang ”kencing” dan menyusahkan hidup anda selama ini.

Kalau yang genap umur 21 tahun, pergilah mendaftar sebagai pengundi, janganlah tangguh-tangguh
 
* Penulis adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.