GEORGETOWN: Sebanyak 38 motosikal yang diletakkan di tingkat bawah
sebuah blok rumah pangsa di Taman Jelutong, di sini, musnah terbakar,
pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu turut mengakibatkan sebuah bilik stor
dan tiga kenderaan jenis Proton Saga, Toyota Camry dan Toyota Harrier
rosak teruk.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya
menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 pagi sebelum dua jentera
bersama 14 anggota tiba di lokasi dalam tempoh tiga minit.
"Sebaik tiba, bomba mendapati sebahagian motosikal di tingkat bawah
blok rumah pangsa berkenaan sedang terbakar dan kami mengambil masa
kira-kira 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke seluruh
kawasan berkenaan. Kebakaran kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 6.50
pagi," katanya.
Ketika ini, pegawai forensik bomba sedang melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.