SABAK BERNAM: Seramai 300 ahli Pakatan Harapan keluar parti dan
menyertai MIC ekoran kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor
yang didakwa gagal menunaikan janji.
Tindakan itu diketuai Kamal Abdullah, 51, bersama-sama dengan ahli
parti dari PKR, DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mendakwa
kerajaan negeri tidak pernah mempedulikan nasib ahli dan kebajikan kaum
India.
"Apa yang kami peroleh sepanjang sertai mereka (Pakatan Harapan)? Hidup kami masih susah, bila minta tolong semuanya tak layan.
"Hari ini kami sepakat sertai MIC kerana kami tahu MIC adalah
satu-satunya parti dalam komponen BN (Barisan Nasional) yang sejak dulu
hingga kini menjaga kebajikan kaum India," katanya yang dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata, kemasukan bekas ahli Pakatan Harapan itu merupakan satu
perubahan yang berlaku kepada rakyat di Parlimen Sabak Bernam dan
berharap sokongan mereka kepada BN berterusan terutama dalam menghadapi
PRU14.
"Saya yakin bahawa sokongan ini (kepada BN) akan memberikan keuntungan
kepada kaum India. Di peringkat Parlimen juga misalnya, semua wakil
rakyat MIC yang menang dalam pilihan raya lalu dilantik menjadi menteri
dan timbalan menteri.
"Ini menandakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi
sokongan dan komitmen yang jelas terhadap keperluan dan kebajikan
masyarakat India di negara ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.