BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada kes jangkitan virus Zika dilaporkan di Malaysia setakat ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, bagaimanapun
berkata, pemantauan akan diperketatkan untuk mengekang penularan
penyakit berkenaan.
Beliau berkata, kementerian akan mengedarkan risalah kesihatan kepada
pelancong asing terutamanya warga Amerika Selatan dan Tengah yang
berkunjung ke negara ini sebagai langkah berjaga-jaga.
"Setakat ini, tiada sekatan mahupun larangan yang dikeluarkan kerajaan untuk menghalang rakyat tempatan ke negara berkenaan.
"Namun, wanita hamil dinasihatkan supaya mengelak daripada mengunjungi
negara berisiko untuk memastikan bayi dalam kandungan tidak terdedah
dengan jangkitan virus terbabit.
"Jangkitan virus ini akan menyebabkan berlaku gejala saraf terhadap
bayi, sekali gus menyebabkan kepala bayi akan mengecil," katanya pada
sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Persatuan
Nelayan Pulau Betong, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata, sebanyak 300 sampel Aedes di seluruh
negara sudah diuji, bagaimanapun tiada yang menunjukkan sebarang tanda
virus Zika. Semalam,
Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat dan pelawat dari Amerika
Selatan dan Amerika Tengah yang pulang dari benua berkenaan, serta
mempunyai gejala demam dan bintik-bintik melaporkan diri ke pusat
kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan sejurus tiba di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.