Jumaat, 1 Januari 2016

Seorang Rentung, 20 Diselamatkan Dalam Kemalangan Bas, Kereta Dekat Yong Peng

MSTAR ONLINE
 
 
Seorang pemandu kereta rentung dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas.
 
 
BATU PAHAT: Seorang pemandu kereta rentung manakala 20 penumpang termasuk pemandu bas berjaya diselamatkan dalam kebakaran susulan kemalangan antara kedua-dua kenderaan itu di Kilometer 124.5, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Yong Peng, malam Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Lazim Abdul Rahman berkata mayat mangsa yang belum dikenal pasti itu, rentung berikutan keretanya terbakar 100 peratus.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 8.53 malam dan sebaik tiba di tempat kejadian pada 9.13 malam, kami dapati berlaku kebakaran melibatkan bas dan kereta yang telah terbakar keseluruhannya," katanya.

Mohd Lazim berkata seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng dan Timah Sari dikejarkan ke tempat kejadian.

Operasi memadam api tamat pada 11.20 malam Khamis, katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.