THE RAKYAT POST
Idris berkata, pelajar
perlu sedar peluang melanjutkan pelajaran bukan sahaja di universiti,
tetapi juga di politeknik, kolej komuniti dan juga pusat latihan
kemahiran. - Foto TRP/ Adib Hakim
ALOR SETAR, Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang diadakan di seluruh negara mampu mengurangkan kesilapan pelajar, ketika memilih bidang yang ingin diceburi mereka.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri
Idris Jusoh berkata, melalui karnival tersebut, pelajar diterangkan
dengan bidang dan pilihan yang ada, bukan sahaja di universiti awam dan
swasta, tetapi juga di kolej komuniti dan pusat kemahiran.
“Kita beritahu pelajar-pelajar tentang
peluang-peluang yang ada di universiti awam, politeknik, kolej komuniti
dan pusat-pusat kemahiran di seluruh negara dan IPTS serta cara mereka
membuat permohonan kemasukan ke IPT-IPT di seluruh negara.
“Kita harap mereka lebih faham cara
kemasukan ke IPT-IPT dan juga dalam penggunaan sistem kaedah, di mana 90
peratus menggunakan akademik mereka dan 10 peratus kokurikulum.
“Kita harap mereka boleh membuat pilihan yang lebih sesuai dengan kehendak-kehendak mereka.
“Apabila kita mengadakan
karnival-karnival seperti ini, kesilapan-kesilapan (memilih bidang)
terus berkurangan,” katanya selepas melancarkan Karnival Pendidikan
Tinggi Negara di perkarangan Stadium Darul Aman, pada Sabtu.
Menurut Idris, pelajar perlu sedar
peluang melanjutkan pelajaran bukan sahaja di universiti, tetapi juga di
politeknik, kolej komuniti dan juga pusat latihan kemahiran.
Malah katanya, kerajaan memberi penekanan
kepada mereka yang memilih untuk mengikuti bidang kemahiran, kerana ia
mempunyai peluang pekerjaan lebih luas, berbanding bidang membabitkan
akademik semata-mata.
“Apabila kita membuat jelajah Karnival
Pendidikan Tinggi seperti ini, kita lihat lebih ramai pelajar lebih
faham dan mengetahui peluang-peluang yang ada.
“Peluang-peluang yang ada bukan sahaja di universiti, tetapi juga di politeknik dan juga kolej komuniti.
“Kerajaan memberi penekanan kepada
pelajar-pelajar memilih bidang latihan teknikal, vokasional, bukan hanya
bidang akademik semata-mata, kerana ruang pekerjaannya lebih banyak di
bidang-bidang tersebut,” katanya.
Beliau menjangkakan 800 ribu pelajar akan berkunjung ke karnival itu di enam lokasi seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.